PROGRAM LATIHAN USAHAWAN KOPERASI NUR GEMILANG KUALA LUMPUR BERHAD
Objektif Program
- Membudayakan masyarakat kepada budaya berniaga khususnya ahli-ahli bagi melahirkan generasi yang berdaya saing dalam dunia perniagaan.
- Menjana pendapatan kepada ahli KNG melalui program latihan dan aktiviti perniagaan yang dijalankan serta membantu mereka membuka kedai koperasi dan memasarkan produk mereka.
- Membantu dan membimbing ahli KNG yang bersedia untuk menceburi bidang perniagaan melalui latihan dan kursus dengan kerjasama di bawah program-program yang disediakan oleh Kementerian atau Agensi Kerajaan.
- Menyediakan skim bantuan Pendidikan kepada ahli KNG.
- Meringankan beban kepada ahli untuk membayar yuran Koperasi, dan seterusnya membeli saham koperasi.
- Dapat membantu pihak berwajib dalam mengurangkan kadar pengangguran di kalangan para graduan dan golongan belia serta membantu menyelesaikan segala hutang yang terbengkalai seperti PTPTN, Hutang Kad Kredit dan sebagainya.
- Pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti (Pembangunan Masyarakat khususnya Anggota-anggota Koperasi).
- Jumlah penglibatan individu dan Masyarakat Awam dalam KNG.
- Teras program ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh anggota KNG.
- Tumpuan utama pelaksanaan program Latihan ini adalah untuk menjana ekonomi anggota-anggota KNG serta melengkapkan mereka dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap bertanggungjawab dalam perniagaan